Friday, January 22, 2010

Sapa berani pegang arnab?

Hahaha....Ini gambar lama, anak saudara Niza dengan arnab. Sebenarnya depa ni bukan berani pun pegang arnab..exited jer lebih...

tambah-tambah yang hero ni...


Ni pulak gambar kakaknya...Fatimah

Saturday, January 16, 2010

Reban Arnabku bertukar wajah..

Dengan bantuan 'cik abg', reban arnab Niza dah banyak bertukar wajah.
Gambar reban lama, kanvas putih dah pecah..


Tak lagi bocor bila hujan, arnab pun dah dapat 1 cell setiap sekor, dah pasang paip air, dah ada kotak ubat, dah ada xtra cell untuk arnab yg sakit....

dan terbaru, 'cik abg' buat 1 reban khas untuk anak arnab yg nak dijual. Siap ada tangga, ada kotak mainan, boleh nyorok2. Fuhhh..sesuatu yg x terfikir sebelum ini.



Ohhh....lupa, kami juga dah start tanam napier sendiri....Syukur.

Wednesday, January 6, 2010

Serupa Tapi Tak Sama...Sama Tapi Tak Serupa...

Saja nak share some picture from internet yang Niza save...


dan lagi...



dan lagi lagi...



dan lagi lagi lagi...



tu jer...happy viewing ...gambar yg last tu tak 'halal'. hahahha..

Monday, January 4, 2010

Arnab? Huh kesian la nak makan....macam kucing...


Rata-rata yang Niza jumpa macam ni...Mak Niza pun, tak lalu nak makan arnab. Tapi peliknya, pandai pulak dia buat promosi...'daging arnab sedap, lebih sedap dari ayam'..huhuhu

Niza? Niza boleh jer makan daging arnab, walaupun arnab tu..arnab yg Niza bela. Niza rasa ramai yg tahu kelebihan daging arnab, tapi stigma arnab dibayangkan sebagai kucing, menyebabkan ramai yg jatuh kesian, tak sanggup nak makan.

Mungkin di masa hadapan, bila daging arnab dah dapat dihasilkan sebagai produk lain (yg x de ciri2 arnab lagi) masa tu...sure penternakan arnab akan jadi pilihan.

Sunday, January 3, 2010

Sapa bagi title blog nie...

Blog ni...di beri nama oleh anak saudara Niza...Siti Khatijah, 10 tahun. Dia memang paling pick-up bab bab kasi nama....hari tu dia ingatkan nak kena sediakan 40 nama untuk arnab, rupanya 1 jer...hehehe


Sejujurnya Niza memang x reti nak membina blog ni, selalu melayari satu blog ke satu blog, memberi Niza idea untuk berkongsi aktiviti Niza, terutama berkaitan dengan hobi : ARNAB.